Friday, June 22, 2012

STOK EBM


Deep freezer ni  shima beli 2 bulan sblm Arif Isyraf lahir. Memang beli untuk simpan stok frozen EBM. En. Suami turutkan saja, x tau la apa yg dia pikir tapi yang shima tahu Df ni akan kupenuhkan dgn stok EBM. Mind set " SUSU AKU BANYAK". Dan alhamdulillah impian shima tercapai bila sebulan pantang DF dah penuh dan di saat entry ni ditulis sbhgn EBM ku bertambah dan ditumppangkan di freezer rumah PIL.
En suami tgk masa separuh Df dia kate " uish banyak nye!"

Macamana shima berjaya kumpul stok banyak ni?

Menjadikan kegagalan utk fully BF AMIN RIFQI,  shima bangun balik dan betul2 determine utk  fully BF ARIF ISYRAF. 

1) Sebaik sahaja shima dan suami bercadang utk mendapatkan anak yg ke2, shima da bgtahu suami yg shima nak BF anak dgn sepenuhnya dan disbbkan suami tahu macammana kecewa masa BF Amin , dia support.
2) Mendapat berita gembira hamil anak kedua lagi seminggu nak raya, terus shima pasang niat dan sentiasa doa agar dapat BF anak sepenuhnya.
3) Sepanjang pregnant, shima banyakkan tuntut ilmu ttg BF terutama mengikuti blog2 ibu menyusu yg lain.
( baru tahu sebenarnya shima kurang ilmu BF)
4) Buat persediaan alatan BF:


~ sebahagian stok EBM storage yg dikumpul~
~breast pump impian yg kini jd pendamping setiaku~

5) Latch on seawal yg mungkin selepas bersalin (within 1hour) dan room in dgn baby. Alhamdulillah seperti Amin Rifqi baby Arif Isyraf juga pandai latch on.
6) Sepanjang tempoh berpantang, kerapkan direct feed dgn baby dan pump utk kosongkan breast. Macam shima hari ke 4 dah kene start pump sbb susu byk dan baby belum minum byk lagi,. Seterusnya, shima akan pump sama ada selepas DF dan inbetween feeding. MasyaAllah, susu badan memang meriah boleh katakan setiap hari shima dapat kumpul 27-32 oz setiap hari. Sebelum tido pump, tgh malam dlm pukul 2-3 akan bangun pump lagi, kalau x bangun pump mmg x boleh tido balik. Akhirnya penuhla deep freezer shima.
7) Bab makan pulak, shima makan mcm biasa bykkan sayur terutama sayur yg boleh bykkan susu, bykkan ikan dan makanan soy based. Jadikan amalan makan Kurma 2 biji setiap hari dan minum air yg byk.

~antara sayur yg bykkan susu : lobak puti dan daun kelo ~

8) Shima ambil juga multivitamin Obimin sbb shima thalasemia Alpha , nanti susukan bayi iron dlm badan shima yg sedia kurang ni bertambah kurang. dan vitamin juga utk bagi badan kita x letih.

9) Yang penting keep direct feed atau pumping dan mind set mesti +ve. diiringi doa banyakkan susu.


 Ni lagi seminggu nak masuk keje daa.. harap dapat mantain pump kat tempat keje nanti.
 Dan baby Arif Isyraf pula makin tembam  dgn susu ibunya.

Photo: ARIF ISYRAF @ 1month 22days

~Latest berat @ 6weeks : 5.13kg~

No comments:

Post a Comment