Thursday, June 28, 2012

ATASI MASALAH SUSU MERUDUM

POWER PUMPING


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.



Wednesday, June 27, 2012

SHIMA DAH KURUS!

 SALAM...HATI SERONOK BERONOK2  SBB GAMBAR DI ATAS...
TP BELUM MENCAPAI BERAT YG DIINGINI IAITU 48K....
HARI NI DAH 52KG
X PE TUNGGU BERAT TURUN URUSKAN ANAK-ANAK DIKALA SUAMI DAH TRANSFER KE TERENGGANU NANTI!!!
(nak sedapkan hati hubby jauh)

rahsia shima kurus ??


dan baby Arif Isyraf


HAPPY BREASTFEEDING!

Friday, June 22, 2012

STOK EBM


Deep freezer ni  shima beli 2 bulan sblm Arif Isyraf lahir. Memang beli untuk simpan stok frozen EBM. En. Suami turutkan saja, x tau la apa yg dia pikir tapi yang shima tahu Df ni akan kupenuhkan dgn stok EBM. Mind set " SUSU AKU BANYAK". Dan alhamdulillah impian shima tercapai bila sebulan pantang DF dah penuh dan di saat entry ni ditulis sbhgn EBM ku bertambah dan ditumppangkan di freezer rumah PIL.
En suami tgk masa separuh Df dia kate " uish banyak nye!"

Macamana shima berjaya kumpul stok banyak ni?

Menjadikan kegagalan utk fully BF AMIN RIFQI,  shima bangun balik dan betul2 determine utk  fully BF ARIF ISYRAF. 

1) Sebaik sahaja shima dan suami bercadang utk mendapatkan anak yg ke2, shima da bgtahu suami yg shima nak BF anak dgn sepenuhnya dan disbbkan suami tahu macammana kecewa masa BF Amin , dia support.
2) Mendapat berita gembira hamil anak kedua lagi seminggu nak raya, terus shima pasang niat dan sentiasa doa agar dapat BF anak sepenuhnya.
3) Sepanjang pregnant, shima banyakkan tuntut ilmu ttg BF terutama mengikuti blog2 ibu menyusu yg lain.
( baru tahu sebenarnya shima kurang ilmu BF)
4) Buat persediaan alatan BF:


~ sebahagian stok EBM storage yg dikumpul~
~breast pump impian yg kini jd pendamping setiaku~

5) Latch on seawal yg mungkin selepas bersalin (within 1hour) dan room in dgn baby. Alhamdulillah seperti Amin Rifqi baby Arif Isyraf juga pandai latch on.
6) Sepanjang tempoh berpantang, kerapkan direct feed dgn baby dan pump utk kosongkan breast. Macam shima hari ke 4 dah kene start pump sbb susu byk dan baby belum minum byk lagi,. Seterusnya, shima akan pump sama ada selepas DF dan inbetween feeding. MasyaAllah, susu badan memang meriah boleh katakan setiap hari shima dapat kumpul 27-32 oz setiap hari. Sebelum tido pump, tgh malam dlm pukul 2-3 akan bangun pump lagi, kalau x bangun pump mmg x boleh tido balik. Akhirnya penuhla deep freezer shima.
7) Bab makan pulak, shima makan mcm biasa bykkan sayur terutama sayur yg boleh bykkan susu, bykkan ikan dan makanan soy based. Jadikan amalan makan Kurma 2 biji setiap hari dan minum air yg byk.

~antara sayur yg bykkan susu : lobak puti dan daun kelo ~

8) Shima ambil juga multivitamin Obimin sbb shima thalasemia Alpha , nanti susukan bayi iron dlm badan shima yg sedia kurang ni bertambah kurang. dan vitamin juga utk bagi badan kita x letih.

9) Yang penting keep direct feed atau pumping dan mind set mesti +ve. diiringi doa banyakkan susu.


 Ni lagi seminggu nak masuk keje daa.. harap dapat mantain pump kat tempat keje nanti.
 Dan baby Arif Isyraf pula makin tembam  dgn susu ibunya.

Photo: ARIF ISYRAF @ 1month 22days

~Latest berat @ 6weeks : 5.13kg~

Tuesday, June 5, 2012

MUTIARA SUSU IBU

3 tahun lps saya  menangis sbb susu untuk Amin x cukup...
sampai cari milk booster mcm-mcm
tapi hari ni Alhamdulillah rezeki untuk Arif Isyraf melimpah ruah...
MasyaAllah,,,,berkat persediaan mental, fizikal serta keperluan utk menjayakan penyusuan Arif Isyraf.
Namun, walaupun Amin Rifqi minum susu formula & susu ibu tapi syukur dia dapat kebaikan susu ibu sampai umur dia 2tahun 2 bulan.
Dan disebabkan susu   ibu yg meriah kali ini , dapat juga Amin berkongsi nikmat susu ibu bersama Arif .....

Photo: SIAPA KATA PAKAI PB MENGGANGGU SUSU IBU? SUKAR BF? SUKAR NAK PUMP SUSU? SAYA KATA TIDAK! BUKTINYA.....INI TESTIMONIAL SAYA SENDIRI, PUMP SUSU DI MAJLIS KAHWIN SEPUPU BARU2 INI..

Photo: tewas kedua2nya @razi_amir  http://instagr.am/p/Lcraybt0DY/